20100617

Aboh yang ite Rendu

(kini bermain : mirror, mirror, mirror by Khottal)

Kawan : haihh, mana abah ni tak kol kol?
Aku : Ayah kau selalu kol kau ke?
Kawan : Ye lah, hari hari kot.
Aku : Bestnyaa ... (senyum)


Apa rasanya kalau Abah kol hari hari?

Bagi aku best sebab Abah aku susah nak kol aku. Kalau dea kol pun macam magis. Macam buang-tebiat-apa-orang-tua-ni.

Nak jumpa pun susah apatah lagi nak kol kan. Tapi bila dah kol, jujur cakap aku rasa pelik. Tak macam cakap dengan boyfriend, boleh i lep u bagai. Bila dengan Abah sendiri nak tanya khabar pun rasa malu. Aku sayang boyfriend lebih dari Abah sendiri? Kalau betul, luka hati Abah.

Kadang kadang rasa macam berdosa. Rasa ada anak panah tunjuk kat semua orang yang aku ni anak tak guna.

Aku bukan tak sayang Abah, aku cuma ... tak tahu macam mana nak intepretasikan terhadap Abah. Mungkin atas sebab aku dan Abah tak selalu berjumpa dan bercakap. Berbual pasal pelajaran, pasal kawan kawan ...

Pasal apa apa aje.

Pernah sekali aku dan Abah cakap pasal karier masa depan, tentang pelan masa depan aku yang aku rancang dan impikan dari sekolah.

Akhir cerita, Abah tak setuju. Hanya Allah saja tahu betapa aku rasa nak menangis, nak jerit, nak marah, nak lari dari rumah, nak bunuh diri, semualah. Tapi semua tu aku kemam dalam hati biar jangan lepas depan muka Abah.

Kerana apa? Kerana Abah pemberian Allah.


'Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur atas pemberian Abah dan Ibu yang sempurna kepadaku. Lindungi mereka seperti mana mereka melindungi aku, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi ku, dan tempat kan lah malaikat malaikat Mu disisi mereka supaya mereka tidak disakiti tubuhnya, hatinya, jiwanya ...'


p/s : Abah dan Ibu jaga diri baik baik, ebi okay kat sini. Makan, pakai, belajar semua cukup :)


4 comments:

Anonymous said...

pantun kau last skali tuh mmg semat lah! haha! terharu sial aku mmbaca. ewahh!

sekian :
tanam kacang tumbuh rambutan ni aku la burhan! hahaha!

TAAN YANG KACAK said...

kahkah burhan ;p celah mana ada pantun do? haha

The chapel said...

I love these Photos !!

http://annawintourhatesus.blogspot.com/

MIRA SUTAN said...

thanks!