20100616

Entri Kali ini Susah tuk Dicarikan Tajuknya


(sepanjang konversasi ini mainkan lagu lagu Vampire Weekend supaya tak rasa terlalu sadis)

cekois : yang, aku sedih la harini ...
akulah : pahal ?
cekois : ciki aku mati.
akulah : ciki tuh apa?
cekois : guinea pig aku
akulah : sejak bila pulak ko bela menatang?
cekois : dah lama dah. aku ada yang jantan dulu tapi dea dah mati. bila dea mati, betina neh pulak macam saket saket. tengok2 mati dah pagi ni.
akulah : ohhhh ...
cekois : membe aku lak, mak dea meninggal rini. harini sedih sangat lah yang, banyak sangat
kematian.
akulah : hermm ... teman aku beli selipar jap lagi. Aku punya selipar kena rembat lah dengan
warden.



Kalau bab bab kematian, aku memang tak da banyak komen. Bukan nya aku ni jahat sebab tak ada rasa nak memujuk. Atau mententeramkan perasaan polan polan yang berkenaan atas dasar kawan dan dasar kemanusiaan.

Aku just tau, aku tak berada di tempat polan polan ini berada.

Kalau aku kata 'aku faham perasaan kau'.

Sebetulnya aku sedang menipu, aku tak faham perasaan kau. Aku jujur orangnya. Kau jugak yang cakap kan cekois masa kat Pak Li Kopitiam petang tuh. Ingat?

p/s : 'Honesty is a mistake.' Aku post ayat ni kat Fesbuk. Tak ada orang yang 'like'. Nampak gaya ramai yang hipokrit.

No comments: