20101108

Lulabis


(Sweet#hart - Closure in Moscow)

Boleh dikatakan hari hari, tiap tiap malam kau dan aku berasmara. Tapi sekadar ditalian. Karena aku tau, kau juga tau, kita perlukan tiket tuk realitinya. Tambahan, belum terbit lagi perasaan berani tuk menanggung risiko sebesar itu.

Bila kau kata kau sedang memeluk aku dari belakang, aku dapat rasa tangan kau yang hangat.
Bila kau kata kau sedang mengucup lembut dahi aku, berderau darah di seluruh tubuh.
Bila kau kata kau sangat sayang kan aku, aku ... suka.

Aku pun juga begitu. Sayang kan kau.

Kau sweet, aku suka. Bila dengan kau, karektor aku berubah sedas macam tuh.

Suara aku tetibe lembut. Manja.
Aku tak banyak mencarut. Kalau mencarut pun, paling kurang ajar aku cakap 'ayam'
Aku gelak pun comel je. Kau tau tak, aku gelak bila on-the-fon dengan kau pun aku tutup mulut.
Aku cuba bercerita panjang panjang sebab aku takut kau bosan. Sebab kau tak banyak cakap, sebab kau kata kau takda life.
Well, aku pun takda life kalau nak diikutkan. Tapi aku cuba korek cerita cerita lama aku. Yang aku rasa tak menarik pun aku cerita hanya tanak kau bosan.

Adakah kita akan macam nih lagi tuk jam yang berikutnya.
Hari yang berikutnya.
Bulan yang berikutnya.
Tahun yang berikutnya.

Atau persoalan macam nih tak akan wujud sebab kita tak pernah akan jadi macam tuh?

ps : bila wa tada life macam sekarang nih, wa ada sikit jiwang. biasalah, hormon dah tak pakai lama hmph


3 comments:

keril.samad said...

wa ada jual hormon. nak? azwan ali punya ada, chef wan punya ada, oh chef ismail pun. kahkahkah

K I E R A said...

Puitis gila,

Serious :)

MIRA SUTAN said...

keril : aku nak chef zam, kau ada ? bole sedut lemak sekali hahah

kiera : haha terimas :')